Powered By Blogger

Khamis, 9 Oktober 2008

BAB 8

Revisi Cepat

1.
Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud pada zaman dahulu tidak mempunyai sempadan yang jelas

2.
Kerajaan-kerajaan ini terbahagia kepada kerajaan Melayu yang tua dan kerajaan Melayu yang baru

3.
Antara kerajaan-kerajaan Melayu yang tua ialah

a.
Kedah

b.
Pahang

c.
Perak

4.
Kerajaan-kerajaan Melayu yang baru pula adalah

a.
Kelantan

b.
Terengganu

c.
Negeri Sembilan

d.
Selangor

5.
Nama Kedah dipercayai berasal daripada

a.
Orang Cina memanggil Kedah sebagai Cheh-Cha

b.
Pedagang India memanggil Kedah sebagai Kataha, Kalagam atau Kadaram

c.
Pedagang Arab memanggil Kedah sebagai Kalah atau kalah Bar

d.
Orang Siam memanggil Kedah sebagai Sui

6.
Kedah dibahagikan kepada tiga pusat pentadbiran oleh Sultan Muzaffar Shah iaitu Kota palas dan Kota Ulu

7.
Pada tahun 1735, Kota Star menjadi pusat pemerintahan yang baru

8.
Kedah merupakan pelabuhan entrepot.

9.
Kedah mengamalkan Undang-undang Laut Melaka

10.
Sistem sukat dan mata wang digunakan di Kedah.


11.
Hasil yang diperdagangkan oleh Kedah adalah emas, bijih timah, lada hitam, damar, rotan, tanduk dan gading.

12.
Nama negeri Perak dikaitkan dengan sejenis logam iaitu perak.

13.
Menurut A. Halim Nasir dalam Sejarah perak, nama Perak diambil sempena Sungai Perak.

14.
Sungai Perak terletak di Chegar Galah dan terdapat sejenis ikan berwarna Putih seperti Perak.

15.
Menurut Sejarah Melayu dan Salasilah Perak, Kerajaan Perak diasaskan oleh Sultan Muzaffar Shah, iaitu putera Sultan Mahmud Shah dari Melaka pada tahun 1528

16.
Perak kaya dengan bijih timah

17.
Asal-usul nama Pahang sebagai Phang, Pahangh dan Pong Fong

a.
Orang Cina memanggil Pahang sebagai Phang, Pahangh dan Pong Fong

b.
Pedagang Arab memanggil Pahang sebagai Fahan.

c.
Sejarah Melayu Pahang dikenali sebagai Fahan

d.
Cerita tradisi Melayu, sempena pokok Mahang yang tumbang merentangi sungai Pahang di kampung Kembahang.

Tiada ulasan: